Sya Nia....

Selagi ada daya.. Ruangan ini takkan ku tinggal kan sepi..

Rabu, 10 Ogos 2011

Cinta Tak Perlu

Aku baru habis baca satu artikel ni..
Katanya awek sekarang mudah nak dapat..
Petik jari je..

See..
Aku tertanya-tanya..
Di mana harga diri seorang wanita Islam kalau dia simply2 je say yes bila orang yang dia suka ajak couple..
Bila tanya kenapa couple, dijawabnya.. 'saje. suke2'

Hidup kita sekejap je kawan..
Tak lama..
Kau nak couple2 buat apa?
Kahwin terus kan senang..

Then, nak pegang tangan ke, usap pipi ke takde orang nak larang..
Bila suruh kahwin pandai pulak nak menjawab..
'Kewangan tak stabil'..
'Muda lagi'..
Macam2 alasan..
Then, stabil ke kewangan kau kalau termengandung anak luar nikah?
Kalau muda, kenapa nak couple macam dah jadi pasangan laki bini?

Hmm..

Maldo eopsi..

Macam2 ragam..

Manusia akhir zaman..

wassalam~

Jumaat, 22 Julai 2011

Papa dan Umi terbaik..

Hari ni..
Aku dihalang pergi ke pertandingan chess esok..
Tiba2..
Bila dah sampai masanya..

Aku akui..
Kecewa sangat..
Tapi, siapa aku nak halang kata2 umi dan papa..
Betul kata papa..
Pelajaran tu penting..
Umi pun kata macam tu..

Tapi, salah ke aku nak main?
Aku tak tau nak komen..
Then, bila fikir balik..
Aku buntu..


Aku mesej papa yang on the way ke Negeri Sembilan untuk game ping pong..
Mintak kebenaran nak pergi esok..
Jawapan papa..
Ikut aku la..
Catur banyak kali lagi boleh main..
PMR sekali je seumur hidup..

Jawapan tu buat otak aku celaru..
Hanya tuhan yang dapat membantu..

Then, aku kol Khirranya..
Dia cakap something yang buat aku serba salah..
Antara kehendak sendiri dengan restu umi dan papa..
Menimbang-nimbang baik buruk..

Mesej papa sekali lagi pasal apa yang Khirranya cakap..
Alhamdulillah.. Papa izinkan..
Tapi.. Masih ada kata2 nasihat..

Tanpa sedar, air mata mengalir..
Menyedari betapa mereka sayangkan aku..
Yang boleh aku kata.. Thanks pa..
Tak mampu nak kata apa..

Aku akan cuba jadi anak terbaik buat umi dan papa terbaik..
Aku akan berjaya dalam PMR..
Insyaallah..

Semoga Allah memberkati..

Maaf buat umi dan papa atas segalanya..

Dosa aku terlalu banyak..
Harap dimaafkan..

Sekian untuk hari ini..
Doakan aku jadi anak yang baik buat keluarga..
Selamanya..

Wassalam~

Sabtu, 2 Julai 2011

Soalan Aku Untuk Dia Yang Bernama Lelaki..

Okeyh..
Aku on9 fb tadi..
Chatting dengan sorang kawan lelaki nih..
Tiba2 hati terasa bagai nak bertanya..
Soalan matang pertama buat dia yang bernama lelaki..

Actually, terfikir on the spot..
And die pon, just like..
'Saya tak tau nak cakap ape..'

Ni soalannya..
'Kalau awak ada isteri.. Awak nak isteri yang macam mana?
1)perempuan yang tak pernah kapel dengan mana2 lelaki n jaga diri dia untuk orang yang berhak..
or
2)perempuan yang pernah kapel dengan lelaki lain.. '

Jawapannya..
'Saya tak tau nak cakap apa..'

Okeyh..
Ni pendapat aku dan jugak kawan aku nih..
Lelaki memang nak yang pertama..

Dan bagi aku sendiri..
Kalau betul lelaki nak perempuan jenis pertama..
Cuba korang soal diri korang sendiri(lelaki)..
Layak ke korang nak dapat perempuan yang menjaga diri dia untuk orang yang berhak sedangkan korang sendiri tak jaga hak bakal isteri korang tu?

Seriously, no offence!

Fikir-fikirkan lah..

Ingat ni..
Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik and vice versa..





Aku rasa..
sampai sini je la bicara pada hari ni..
Len kali aku update lagi..

Lastly..
Hidup baik-baik sementara aku datang balik..

Wassalam~

Jumaat, 17 Jun 2011

Hadir lagi ye kau!

Post kali ni tentang manusia yang tak pernah berhenti memunculkan diri di depan mata aku..
Ade je die kat mane2..
Pejam mata nampak die..
Bukak mate konfom la nampak die..

Walaupun die tak perasan yang die selalu depan mata aku..
Jiwa aku yang tersiksa sebab asyik nampak die..
Hahahaha..

Biar lah..
So..
Manusia ni..
Selalu berjalan dalam sekolah..
Aku gi kantin nampak die..
Nak g surau..
Nampak die..

Pendek kata mana2 pon die je la yang aku nampak..
Nak kate angau malam sikit eh..
Tapi..
Muke die je lah..
Yang jadi front page hidup aku..

Hahahah..
Xde pape dah nak cakap..
Saje menambah post..
Daa..
Wassalam..

Sabtu, 11 Jun 2011

Tentang DIE..

Ya Allah..
Aku tak mampu menanggung rasa ni..
Rasa biasa bagi kemuncak remaja..
Aku tak tau kenapa rasa ni selalu hadir..
Bukan untuk die saje..
Tapi.. Untuk orang lain juga..
Aku tak mintak..
Untuk ada perasaan tu..
Tapi..
Aku juga tak mintak..
Jadi manusia tanpa perasaan..

***************************************************************************************

Hari ni..
Kejadian yang baru pertama kali aku alami..
Walau rasa untuk die..
Selalu ada setiap kali melihatnya..
Tapi..
Hari ni..
Rasa tu buat aku tak keruan..
Disebabkan ada rasa tu dalam hati aku..
Gurauan dari seseorang membuatkan..
Rasa tu semakin melekat..

Korang mungkin tak faham..
Memang aku taknak korang faham..

Biar lah..
Aku tersenyum sorang-sorang..
Dalam kegelapan..
Meski hati tak keruan..
Sebab selalu terkenang kan die..

Okeyh..
Sambung pasal gurauan..

Hahahah..

Die sendiri pon..
Tak menyangkal gurauan tu..
Aku pulak..
Senyum tersipu..
Meski tak faham maksud sebaliknya..
Aku mengerti serba sedikit apa yang dikata..

Lawak memang lawak..

Tapi..
Itulah hakikat..

Kalau gurauan tu..
Jadi kenyataan..
Aku tak tau la ape jadi..
Meski hati pernah terdetik agar gurauan itu menjadi realiti..
Namun..
Itu hanya rasa masa remaja..
Sebab aku tak bisa menentukan..
Siapa yang bakal aku jumpa di lain masa..

Moga..
Jika benar..
Suatu hari gurauan itu menjadi realiti..
Aku redha..

Wassalam~

Khamis, 19 Mei 2011

Again.. About SOMEONE..

Sape la agak2nya someone tu?
Aku tak boleh bagitau..
Sebagai intro bagi cerita tentang dia..

Dia cuma seorang watak baru dalam hidup aku..
Actually takde la baru sangat.. Cuma aku je baru perasan..
Hari ni baru aku perasan yang dia ni selalu sangat kacau aku..
Tak lah selalu.. Tapi.. Dia ni agak suka menyakat..
Mungkin.. Budak perempuan lain pun dia menyakat kot..
Seryes! Tak langsung aku rasa perasan yang dia suka kat aku..
Just geram dengan dia je..

Alkisahnya..

Bila aku dengar suara dia..
Rasa macam kenal..
Bila berpaling..
Rupa2nya.. 'Laa! Mamat ni ke?'
Ni reaksi pertama bila dia sakat aku hari ni..
Tapi.. Tiba2..
'Eh2.. Bukan dia ni selalu kacau aku ke?'
Walaupun.. Tak tinggal kesan pape pon kat aku kalau setakat dia tegur menyakat tu..
Tapi.. Aku perasan yang selalu lah jugak dia ni mengganggu..

No hard feeling..
Seryes!
Langsung tak ada..

Then.. Scene ke-2..

Bila aku pergi beli air..
Aku perasan dia ada..
Buat tak layan je..
Bila aku dah nak pergi ambik air..
Tetiba rasa nak jatuh.. Sebabnya.. Ada orang langgar..
Bila berpaling..
'Mamat ni rupanya..'
Dia jugak.. Then.. It just like..
Lantak kau la..
Kawan aku kat sebelah dah tayang senyum..
Aku apa lagi..
Rasa nak ketuk je..

Apa korang ingat ni cerita dalam novel ke?
Berjumpa.. Langgar2.. Mintak nombor..
Berkenalan.. Bercinta.. Kawin.. Blablabla..

Jauh nye aku fikir..
Boleh je nak jadi macam dalam novel..
Tapi.. Tu kalau.. Orang yang mamat tu langgar muka suci macam bidadari..
Masalahnya.. Orang yang dia langgar tu.. Badak berendam..

Okey.. Back to the topic..
Hidup tak semudah tu sebenarnya..
Langgar + Cinta = Kawin + Bahagia
Ni bukan equation la!
Realistic la sikit..

Then..
Apa lagi jadi ye..
Rasanya takde dah..
Biar la mamat tu tinggal sejarah..

Tak payah nak kenang2..
Cuma..
Kalau lah.. Muncul lagi watak dia dalam hidup aku..
Pasti aku cerita..

So..
Kata2 akhir..
Support blog ni..
Meriahkan blog ni..

Selamat membaca..

Daaaa..

Label:

Selasa, 26 April 2011

Rasa Ini..

Makin lama..
Rasa ni dah tak boleh dihindari..
Makin kuat setiap hari..

Sengsara gila nak menahan gelojak hati..
Sedih bila dia buat tak layan..
Happy bila muka dia takde perasaan..
Dan rasa nak lompat2 je bila aku dan dia banyak persamaan..

Tak ke gila tu?
Agak tak betul la kan?
Nak buat macam mana..
Memang naseb aku dah gini gaya nya..

Lawak je hari ni..
Asyik nak gelak sepanjang waktu..
Tapi.. Bila tengok muka dia..
Rasa nak buat muka masam dan biar dia rasa sakit hati..

Tapi.. Masalahnya.. Dia faham ke kalau aku buat muka sakit hati..
Last2.. Sengih sampai ke gigi jugak yang aku tayang..
Atau dalam kata lain.. Gelak sesuka hati..
Lupa ada orang di kanan dan kiri..


Aku tak sempat nak tengok reaksi dia..
Sebab aku kena cocentrate..
Kalau tengok muka dia..
Jawabnya.. Hancur paper aku!

Walhal dalam otak aku.. Dah penuh terisi..
Dengan muka dia..
Dengan gelak dia..
Dengan senyum yang dia tak pernah langsung tunjuk kat aku..
Yang aku pernah tengok..
Muka takde perasaan dia..
Sangat tak berperasaan..

Tapi..
Memang tak rasa sakit hati..
Sebab aku kena ambik risiko..
Jurang ni penyebab nya aku jugak..
So.. Let it be..

Siapa aku untuk rapat dengan dia? Tak de sape2 pon.. So.. Bior je le.. Kan? Kan?
Tapi.. Muka dia la!
Memang tak tahan..
Bila aku beralih tempat..
Aku tak tau ape reaksi die..
Kecewa memang jauh sekali..
Yang tu aku dah sedia maklum..
Cuma.. Agak2 nya lah kan.. Apa reaksi dia?

Aku tak tau apa dia rasa..
Boleh jadi.. Suka.. Marah pon ye..
Bior le.. Dah hak dia.. Aku tak kuasa!
Actually.. Muka dia memang tak berperasaan..
Aku tau dia perasan aku pergi keluar.. Tapi..
Dia just buat bodoh je.. Again! Ada aku kesah?
Biar la dia nak benci aku tahap ke berapa sekalipun..

Pada aku..
Dia still KAWAN aku sampai bila-bila..
Aku tau dia tak benci aku..
Mungkin kekok?
Maybe..

Sampai sini je aku nak mengarut pasal dia..
Bila ada ruang..
Bila dah takde rasa dalam hati aku untuk dia..
Mungkin..
Nama dia akan aku display kat sini..
So..
Tunggu je la masa tu tiba..
Bila?
Ntah lah..
1 BULAN? 2 BULAN? OR BEBERAPA TAHUN LAGI?
Tu memang korang kena tunggu..

:)

Label: